Assalamualaikum ! Selamat melayari blog sy . moga bermanfaat untuk sy dan awk . insyaAllah moga menjadi saham akhirat kita semua :)

Friday 29 March 2013

Sentap ! mari berfikir wahai orang2 beriman .

Views
Assalamualaikum kasih . 

blog ditinggal seketika , 
mencari idea mencoret rasa , 
alhamdulillah berjumpa bicara ,
subhanallah Allah beri ilham pada saya . 

mesti pelik kan kenapa tiba2 tajuk entri sy kali ni adalah " Sentap ! mari berfikir wahai orang beriman " .
jangan gusar . mari berfikir , sambil membaca . 
x lain dan bukan agar setiap penulisan ini menjadi wasilah untuk anda :)

sebelum baca yang bawah2 ni , sy nak anda muhasabah sekejap tentang 4 perkara ini: 

1. Bagaimana caranya untuk aku solat lima waktu dengan mengurangkan rasa malas ketika bersolat?
2. Bagaimana caranya untuk aku cuba praktiskan solat-solat sunat sekurang-kurangnya Solat Sunat Dhuha setiap hari?
3. Bagaimana caranya untuk aku bangkit di sepertiga malam untuk melaksanakan Tahajjud?
4. Bagaimana caranya untuk aku jadi lebih soleh dan solehah?


sy sentap sebenarnya . 
kenapa ? baru2 ni sy mengepost something di wall fb sy tentang daie' jgn gedik . 

ramai yang agak menyampah dengan status2 jiwang para muslimin muslimat yang menge'post' something yang jiwang seperti : 

" mujahid , akan ku berusaha menjadi mujahidah yang baik untuk mu
* ape yang diperjuang kan sampai boleh jadi mujahid mujahidah ini ? cinta manusia ? hmm . jawab sendiri . 

atau .

" siapakah pemilik tulang rusuk ku ? adakah dy ? "
* biarlah sape2 pon . sbb kita x kan dapat meneka siapa dy yang sebenar sehingga berkahwin . 

p/s : semua yang bertanda " * " adalah fikiran sy dahulu . dan sy menyesal berkata sedemikian . sungguh . mari sy jelaskan kenapa . 

sebenarnya sy agak ter"sentap" dengan status seorang syabab tentang ini . 
status itu berkata : 
" pada aq , lebih baik mereka berkata menunggu seorang imam dari dok kapel sana sini dalam fb . pada aq , dorang nak luah rindu dalam doa solat ke, bgn tahajjud luah perasaan ke dlm penantian tu..kan lebih baik dari duk merewang couple tak tentu hala buat maksiat . sebab bagi aq , biasela kot kalo umur 18 , 19 , 20 , 21 , 22 tu agak jiwang . sbb x matured lagi kot time tu . nanti bila dah matang , dorang akan sedar sendiri dan malu sbb update status jiwang camtu "

*terima kasih pada yang peng'update' status . banyak benarnya . 

dalam hati , sy beristighfar . sbb sy banyak bersangka buruk pada muslimin muslimat yg agak jiwang status nya . 
Astaghfirullahalazim . moga Allah kasihani kita dan mengampuni kita . amin !

sy curahkan ape yang terdetik di benak fikiran sy setelah sy berfikir .

" Bismillahirrahmanirrahim . moga Allah redha . jika salah ape yang utarakan ini , sila komen bilHIKMAH ye ? sy hanya manusia yang terkdg hnya manis bicara , lisan berbunga , hati gundah gelana . tapi insyaAllah sy mencuba agar sy boleh menulis dengan baik untuk kalian . 

setelah sy analisa . mereka yang matang tidak akan menge'post' status2 jiwang islamik . kerana mereka tahu akan malu . kerana mereka sudah tahu akan ilmu . dan kerana mereka sudah arif tentang fikiran rakyat sekitar . kenapa sy kata begitu ? kerana sy juga sudah berpengalaman . hehe .,

baik . kalo mereka yang mengenali sy sejak dahulu . ok lah , x yah lame sgt kan . bagi mereka yg kenal sy dalam masa dua tahun , mereka melihat perubahan sy . ya . sy mengaku . tika sy berumur 17 , 18 tahun . sy byk update status fb tentang mujahid , imamku syg :P , pemimpin , calon suami yang baik , bagaimana mencari bakal isteri yg solehah dan mcm2 la ! sampai bila sy baca balik status sy yang dahulu , sy jadi geli nak baca ! serious !

dan sekarang , tipulah kalo sy kata sy masih tidak matang . ramai yang kata sy matang di fikiran tp childish di perlakuan . well , i'm 20 years old kot ! jadi , sy berfikiran . mereka yang matang tahu buruk dan baik nya status2 yang ada di wall fb dan blog . 

dulu , sy masih budak . budak yang x reti berfikir . budak yang pernah melampau batas hak diri . budak yang pernah hampir2 couple . budak yang pernah buat slh yang besar mungkin . dan sekarang pon sy masih budak . tp sekarang sy budak yang sudah dididik dengan tarbiyah dengan fikrah islam ! jadi , sedikit sebanyak , sy tahu byk yang sy buat dulu adalah salah !

well , mari sy honest ye . selalu nya yang update status jiwang ni adaah mereka yang mungkin sudah bertunang diam2 , menyukai seorang min/mat diam2 , mencintai secra diam2 , jadi mereka meluah hanya melalui penulisan . ini pengalaman sy . * alamak . kantoi pulak ! disebabkan rasa2 itulah mereka mengeluarkan status2 jiwang tersebut . 

jadi , mungkin sy boleh nasihatkan diri sy dan pembaca entri ini agar kita same2 berbaik sangka . kita juga mungkin pernah menjadi mcm mereka . 

dan , x salah pon nk post status jiwang2 tu . its better than korang merapu bersyg2 dgn korang punya kapel kan ? jadi , chill la awk semua ! kita manusia penuh kelemahan . so , jangan expect yang semua orang baik !


p/s : jadi ini lah sy sentapkan ! sy hanya selalu menyalahkan orang lain . sedangkan sy juga pernah melakukan hal yang sama . sepantasnya kita mengerti lah perasaan mereka yg masih jiwang ini sbb mereka masih budak . 

percayalah cakap sy . nanti mereka dah matang , mereka akan malu sendiri sbb pernah post status jiwang2 tu . 

sekian . terima kasih . Wallualam . moga semua dapat manfaat . 


sy budak baru belajar . kalo slh , maafkan sy :)

Thursday 14 March 2013

koreksi diri . adakah anda takbur ?

Views
Assalamualaikum . 

dua hari tinggal meng'update' blog :)
hari ini mendapat ilham setelah mambaca buku ilmiah Anis .
sy pernah terbaca dalam satu artikel , 
" berfikir bertahun-tahun lebih baik daripada menulis hanya sekadar suka-suka dan minat "

dahulu dan kini , sifat sombong terkadang tidak dapat dihakis .
ini kerana mereka terlalu bangga dengan nikmat yang Allah beri .
hingga sifat takbur menguasai diri . 

sy kira takbur ini boleh jadi jika kita diberi nikmat oleh Allah :
- kesihatan yang baik 
- harta yang banyak
- nyawa yang masih ada
- ilmu yang diperoleh
- kecantikan fizikal

kesihatan yang baik :
- melihat mereka yang sedang menderita sakit , bukan kasihan malah menghina dan berbangga diri dengan kesihatan yang baik . sedangkan diri masih tidak tahu adakah sebentar lagi kita pula diterbalikkkan menjadi sakit . Nauzubillah . 

nyawa yang masih ada 
- melihat arwah yang sudah meninggal bukan menginsafi diri bahawa kematian sudah mendekat . malah membangga diri bahawa aq masih hidup dan masih boleh mengtakan " aq masih lama boleh hidup " . ingatlah , kematian bila-bila masa boleh berlaku , sekelip mata , tanpa disedari .


Berkata Allah s.w.t :
" Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang sombong " ( AN - NAHL : 23 )

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Tiada masuk syurga orang yang  pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takbur "


Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali memncatatkan 5 cara :

1 . Apabila kita bersuara dgn anak KECIL , maka anggaplah yang sebenarnya mereka lebih bersih dan mulia daripada kita kerana kita masih belum mempunyai dosa-dosa seperti kita yang sudah dewasa .

2 .Apabila bersuara dengan orang TUA , maka anggaplah mereka lebih banyak beramal dan doanya lebih mulia dr kita . 

3 .Apabila bersuara dengan orang ALIM , maka anggaplah mereka lebih banyak ilmu daripada kita .

4 ,Apabila bersuara dengan orang JAHIL , maka anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka tidak tahu . sedangkan kita terkadang berdosa apabila kita melakukan sesuatu yang kita sudah tahu halal dan haram nya . 

5 .Apabila bersuara dengan orang KAFIR , katakanlah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan menganut islam . secara automatik dosa mereka terhapus setelah mereka masuk islam . sedangkan kita sejak lahir lagi sudah islam tapi tetap sahaja terus-terusan melakukan dosa .

sekian . Moga kita same2 mendapat manfaat :)



Sunday 10 March 2013

jgn biar definisi cinta menjadi kotor . 'cinta high class'

Views


bismillahirrahmanirrahim . salam kasih . salam syg . slm cinta =)
sedkit ulasan kpd sesiapa yg bloim membaca novel ini .

dlm dri , sy katakan : ' aq sudah tiada masa , kenapa perlu aq siakan waktu lagi . satu perubahan perlu berlaku . dan saat ini titik permulaan .'

1. sungguh , nikah di awal usia tiada dlm diari hidup sy pd awl nya . namun jika kita lihat , golongan muda skrg sungguh asyik dlm lautan cinta rekaan mereka . bermula dr lirikan mata hingga niat meniduri psgn mereka terbit . bernikah la . meskipun risiko perceraian agak tggi , namun harus diingat ia lbh baik dr risiko berZINA . islam pertimbangkan mana yang lbh kecil mudarat nya .

2. ingat nikah itu senang ? itu persoalan nya . niat suci itu sudah cukup mengundang limpahan berkat dr Dia . wahai muda mudi , buat la keputusan sebagaiman dianjurkan syarak . - istikharah- perbincanganjika serasi , optimis la !usah terlalu fikir masalah . ambil langkah berkhitbah dan sling ikat janji setia . bertunang bukan tiket bebas ye .tp risau akan kewangan ? wajar anda risau . tp optimis la ! Allah beri berita gembira bg psgn yang ingin bernikah : rezeki melimpah ruah . 

lain pula situasi jika anda bercinta nmun tdk meletakkan nikah sbgai priority . jd , teruskan stdy , bekerja atau kejar cita2 . anda blom sedia untuk nikah . tgglkan psgn anda , bila bersedia , kembali la dgn stu perubahan diri yang mantap =)

3. ramai wanita nak pilih lelaki soleh . katanya blh bantu mereka berubah setelah nikah . realitinya , jika wanita itu tdk mensolehahkan dri mereka dr detik ini , ape jd ?

alhmdllh jika lelaki soleh memilihnya ,namun jika lelaki tdk soleh memilihnya ?sedangkan rasulullah mengajar lelaki agar pilih yang beragama . 
putih mata je . 

4. harus diingat , menghindar maksiat bukan hnya dgn bernikah awal . tp juga dengan menjauhi cabang2 zina . 
p/s : sy mungkin memilih menjauhi jln2 zina . bernikah , sy x mampu . sy masih tdk solehah . 

5. tahukah anda aqidah ade dua jenis ?-aqidah Qadariah -aqidah Jabariah .

Qadariah : menyerahkan segalanya pd takdir hingga dri tdk proaktif . tdk berusaha . pasrah sblom berusaha . 
Jabariah : berusaha shja.tp tdk letakkan penghrpn dan pergntungan pd Allah yg Allah la yg izinkan semua terjadi . 

sy tdk diajar untuk ber'aqidah' seperti di atas . kita diajar dgn aqidah Sunnah wal Jamaah . jdoh da ditetapkan . 
tugas kita bukan la pening2 nk pk dan meneka takdir secara -ve . tugas kita adlh menggunakan wahyu , akal dan hati sebaik boleh untuk dpt yg terbaik . OPTIMIS !

6. POLIGAMI ? sggup kah anda . jujur , solehah tdk sggup :( jd , islam memberi kelonggran pd si isteri agr tdk wajib taat akan keinginan suami .benar .. poligami bkn maksiah . tp ia juga hnya stu rukhsah . kita ade hak untuk merelakan atau mempertahan monogami ! 

pekahwinan adlh perkara akhirat . sy ingin menjadi isteri yg mempunyai jiwa yg tenang dgn itu ibadah sy juga indah dan sy melayan suami sy dgn baik :) sy tdk mampu jika cemburu menguasai .jika pologami bisa memudaratkan sy , maka tgglkan sy . 
p/s : mcm da kawin pulak . haha ...

7. islam itu holistik . tdk memaksa , malah meraikan org ..jika org itu pemalu , usah dipaksa mengikut cara org berani . begitu juga sebalik nya . 

asalkan masing2 tahu batas . dan tk bercanggah dgn syariah . its enough . masing2 ade kaedah sendri =)

8. anda da bertunang ?? sy sudah :) dgn umi abi tercinta ..

ya .. wajarla anda rindu tunang anda . insyaAllah jika tunang anda itu jdoh anda , mmg hati anda akan terase dekat . rindu ? berzikirla . tenggelam la kamu dlm lautan zikrullah .nk msj ? tnya dlu pd dri , ade urusan apekah sehingga perlu bermsj segala . nk kol ? tdk risau kah anda akan alunan suara tunang ? 

maka , para PERINDU TEGAR (termasuk sy kot ) bertahan la . biar rindu ini meletup bila halal ..ibarat kita berpuasa dn menunggu berbuka . makan sepuas nya nanti ..

slmt membaca :)

Darah ?

Views
Selamat pagi !

eh . eh . ape ni . pagi2 dah berbicara menakutkan . 
jangan salah faham ye cik kak , cik abg dan cik adik . 
hari ni sy mendapat ilham tentang darah dari pengalaman sy sendiri . 

pernah tak anda bangun pagi dan mendapati darah penuh ?
ops ! bukan di cadar katil . tapi di bantal anda .
pelik kan ? tapi sebenarnya x pelik bagi sy . 
sebab sy under operation kepala pada 20 Januari 2013 . 

kenapa saya under operation ?
insyaAllah ckit harilagi sy akan ceritakan tragedi yang berlaku pada sy . 

haa . jangan lari tajuk . 
meh . sy ceritakan secara detail tentang darah ini . 

<--- darah yang keluar lebih kurang mcm ni la.
tp yang berbeza kuantiti pendarahan itu . 

boleh sy katakan , setiap nafas sy dihela , setiap kali itulah darah keluar . dapat bayangkan ? xpe :) sbb hanya sy yang merasai . 

bagi sy darah sy yang keluar itu kurang sakitnya dr penderitaan trauma sy sejak tragedi 'malam' itu . 

tapi sy sentiasa pegang kata-kata ini :


semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun, dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan yang hakiki di hati…

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

sebenarnya pendarahan itu berlaku setelah tiga hari sy operate .
tidak tahu lah sama ada sy terlampau aktif bergerak atau jahitan di kepala sy kurang kemas.
malah , pendarahan sy berlaku setelah sy pulang ke rumah .

jadi , sy digegaskan ke unit kecemasan di H.U.S.M , kota bharu kelantan .
dan kepala sy dijahit untuk kali ke dua !
agak sakit kerana sy dijahit dalam keadaan sy sedar .
tp entahlah . sy kira Allah tolong saya .
sy tidak berasa sakit . sbb sy yakin , orang lain lebih sakit dr sy :)

dan jangan lupa . DOA !

Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’ :
Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.


ala .. mcm dah pnjg sy tulis kan ? nantikan kisah penuh tragedi 6 Januari 2013 yang lps . 
yang menyebabkan sy kepada operation kepala . 

oke ! dah siap baca ? rehat kan jiwa . kerana sy mengharap anda setia bersama sy dan blog ini !

eh ? dah pukul 12:15 malam !

Views
sungguh ..
masa bagai mengejar kita . 
saya tidak tahu adakah sy sahaja yang berfikir bahawa masa itu semakin hari semakin pantas berlaku ?
hmm . ini tanda2 kiamat . iaitu masa semakin pantas meninggalkan kita . 

hari ini . selain beribadah , sy hanya men'edit' blog .
saya tak tahu adakah menarik atau membosankan blog yang sy buat ni .
tp ini hasil kerja sy . 
walaupon ini bukan blog pertama sy . tp sy rasa blog ini menunjukkan keseriusan sy dalam berdakwah . 

ops . tadi berbicara tentang masa kan ?
baik . mari kita melihat dengan lebih dalam tentang masa . 



Sebagai manusia yang terbaik adakah kita telah dapat merasakan kepentingan masa dalam kehidupan kita ini?

Sesungguhnya seluruh kehidupan dan amal umat Islam sentiasa berkait dengan masa. Lebih-lebih lagi, yang berkait rapat dengan ibadat. Dalam ibadat solat umpamanya, aspek masa amat dititikberatkan.

Ketika di tanya oleh para sahabat kepada Rasulullah tentang apakah amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT? Baginda menjawab: "Solat tepat pada waktunya."

sy terkadang terfikir . puasa kita boleh ganti .
fikirkan sendri :) selamat malam ! 

malah solat juga kita boleh ganti.
tp jika masa ? tentu kita x dapat ganti kan ? 

cth : sy nak masa 6 februari 2013 la . sungguh . pasti x dapat . sbb kita tidak dapat undur masa .

malah . mesin masa juga tidak dapat tembusi masa . 
Subhanallah . jadi , jom kita sama2 berusaha hargai setiap detik masa berlalu .

tanam dalam diri sendiri .
"jika kita meninggal pkul 8.oo malam . ape kita buat pd 7.56mlm , 7.57mlm , 7.58mlm dan 7.59mlm ?"


Newborn !

Views
Assalamualaikum . 

ini blog terbaru sy setelah pencen dari blog dua tahun lalu . 

berpunca dari ilham ?
ya . sudah tentu . ilham dari sebuah bengkel yang saya hadiri pada 9 Mac 2013 yang dianjurkan oleh penulis terkenal iaitu saudara Hilal Asyraf . 

terlalu banyak input yang sy menyebabkan sy bertekad ingin serius dalam penulisan di blog . 

mungkin untuk permulaan .
sy bermula dari menulis di facebook .
sy disiplinkan diri sy untuk menulis hari-hari .
agar bakat penulisan sy dapat diasah .
dan sy berharap sy dapat menjadi seorang penulis . 

insyaAllah seterusnya sy akan memulakan penulisan sy di blog pula . 

niat sy menulis . 
adalah kerana Allah .
seiring dengan matlamat sy iaitu ISLAM . 

tiada yang lain sy harapkan .
adalah sokongan anda semua untuk sy teruskan penulisan . 
terima kasih :)

gambar di bwah . 
gambar sy bersama saudara Hilal Asyraf dan sahabat dunia akhirat sy , Nur Athirah . 



setiap pertemuan itu memang ada perpisahan .
kita sebagai muslim harus sedar akan qada' dan qadar !