dua hari tinggal meng'update' blog :)
hari ini mendapat ilham setelah mambaca buku ilmiah Anis .
sy pernah terbaca dalam satu artikel ,
" berfikir bertahun-tahun lebih baik daripada menulis hanya sekadar suka-suka dan minat "
dahulu dan kini , sifat sombong terkadang tidak dapat dihakis .
ini kerana mereka terlalu bangga dengan nikmat yang Allah beri .
hingga sifat takbur menguasai diri .
sy kira takbur ini boleh jadi jika kita diberi nikmat oleh Allah :
- kesihatan yang baik
- harta yang banyak
- nyawa yang masih ada
- ilmu yang diperoleh
- kecantikan fizikal
kesihatan yang baik :
- melihat mereka yang sedang menderita sakit , bukan kasihan malah menghina dan berbangga diri dengan kesihatan yang baik . sedangkan diri masih tidak tahu adakah sebentar lagi kita pula diterbalikkkan menjadi sakit . Nauzubillah .
nyawa yang masih ada
- melihat arwah yang sudah meninggal bukan menginsafi diri bahawa kematian sudah mendekat . malah membangga diri bahawa aq masih hidup dan masih boleh mengtakan " aq masih lama boleh hidup " . ingatlah , kematian bila-bila masa boleh berlaku , sekelip mata , tanpa disedari .
Berkata Allah s.w.t :
" Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang sombong " ( AN - NAHL : 23 )
Sabda Rasulullah s.a.w :
" Tiada masuk syurga orang yang pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takbur "
Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali memncatatkan 5 cara :
1 . Apabila kita bersuara dgn anak KECIL , maka anggaplah yang sebenarnya mereka lebih bersih dan mulia daripada kita kerana kita masih belum mempunyai dosa-dosa seperti kita yang sudah dewasa .
2 .Apabila bersuara dengan orang TUA , maka anggaplah mereka lebih banyak beramal dan doanya lebih mulia dr kita .
3 .Apabila bersuara dengan orang ALIM , maka anggaplah mereka lebih banyak ilmu daripada kita .
4 ,Apabila bersuara dengan orang JAHIL , maka anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka tidak tahu . sedangkan kita terkadang berdosa apabila kita melakukan sesuatu yang kita sudah tahu halal dan haram nya .
5 .Apabila bersuara dengan orang KAFIR , katakanlah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan menganut islam . secara automatik dosa mereka terhapus setelah mereka masuk islam . sedangkan kita sejak lahir lagi sudah islam tapi tetap sahaja terus-terusan melakukan dosa .
sekian . Moga kita same2 mendapat manfaat :)

No comments:
Post a Comment